(VIDEO) Tungku Ismail Rasmi Lepaskan Jawatan Sebagai Presiden FAM

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebentar tadi sah telah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Baginda berkata demikian mellaui sidang media Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM,” kata TMJ sambil menunjukkan surat perletakan jawatannya.

Walaubagaimana pun, TMJ terus kekal sebagai pengerusi FMLLP, perkara ini disahkan sendiri oleh mereka di laman Facebook rasmi badan berkenaan.

Leave a Comment