Isu Gelaran PhD Palsu, Pihak Universiti Malaya Keluarkan Kenyataan Nafi Status Boy Iman

KUALA LUMPUR: Pihak Universiti Malaya (UM) harini mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa tiada pendaftaran atas nama Noruliman A.Rahman sebagai calon Doktor Falsafah di universiti berikut.

Pengesahan tersebut dibuat berikutan terdapat dakwaan seumpamanya dari sebuah akaun media sosial atas nama Dato boy Iman-DBI yang dimuat naik pada 30 Mac lalu.

Pengumuman daripada UM tersebut dibuat melalui perkongsian platform media sosial rasmi universiti berkenaan, berhubung penjelasan status pendaftaran nama berkenaan sebagai calon Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Secara Penyelidikan).

Pendedahan berikut juga menjawab spekulasi netizen yang mempersoalkan kesahihan ‘Dato’ Boy Iman’ itu yang didakwa pernah mendaftarkan diri bagi melanjutkan pengajian tinggi di universiti berkenaan.

Terdahulu, Boy Iman memuat naik gambar kad pelajar yang di atasnya tercatat nama penuhnya bersama dengan logo Universiti Malaya berserta kulit buku penyelidikan universiti terbabit.

“Buat mereka yang bergelar pakcik bawang & makcik bawang… Hadiah untuk anda! Juga hadiah untuk saya sebab birthday saya dah dekat 2 April ini,” tulisnya.

Namun, sehingga kini, tiada kenyataan yang dikeluarkan daripada pihak Boy Iman sendiri selepas pihak Universiti Malaya mengumumkan perkara tersebut.

Sumber- Kosmo

Leave a Comment